• Bot Bawa Etnik Rohingya Dipercayai Menuju Ke Malaysia Ditemukan Dekat Krabi

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 1 April 2018
    A- A+
    Foto dari AFP/ Royal Thai Army

    BANGKOK: Penduduk tempatan menemukan sebuah bot membawa etnik Rohingya di Koh Lanta berhampiran wilayah Krabi di selatan Thailand pada Ahad, yang dipercayai dalam perjalanan untuk ke Malaysia sebelum hujan ribut memaksa bot itu mencari perlindungan sementara di pulau berkenaan.

    Gabenor Krabi Lt Kol Kittobodee Prawit, yang mengesahkan penemuan bot diperbuat daripada kayu itu bersama 56 penumpang, berkata adalah tidak jelas bot itu berasal dari mana, tetapi penumpangnya mendakwa mereka dalam perjalanan ke Malaysia.

    Penduduk menemukan bot itu pada kira-kira 4 pagi (waktu tempatan) dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

    "Mereka (etnik Rohingya) memberitahu pegawai bahawa mereka hendak ke Malaysia, tetapi terpaksa melencongkan bot itu ke Koh Lanta berikutan hujan ribut," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

    Menurut Kittobodee, penumpang bot itu terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Beliau berkata pihak berkuasa tempatan memberi makanan, pakaian dan bahan bakar kepada etnik Rohingya itu sebelum membenarkan bot berkenaan serta penumpangnya meneruskan perjalanan ke Malaysia.

    Menurutnya, bot berkenaan meninggalkan Koh Lanta pada kira-kira tengah hari. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Bot Bawa Etnik Rohingya Dipercayai Menuju Ke Malaysia Ditemukan Dekat Krabi "