• BN Sentiasa Menjamin Hak Ke Atas Tanah Rakyat

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+


    Manifesto Barisan Nasional Sarawak menekankan jaminan hak ke atas tanah rakyat walaupun berbagai spekulasi negatif tentang pemakai menoa dan pulau galau dibangkitkan pembangkang.

    Ini merupakan kesinambungan tindakan kerajaan BN Sarawak yang mencari definisi terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut dan menjamin hak rakyat untuk dipertahankan.

    Kerajaan pusat dibawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini sentiasa menyokong dasar BN negeri dengan menyalurkan sejumlah dana bagi menyukat primeter tanah adat tanpa memerlukan pemilik tanah mengeluarkan kos.

    Penekanan terhadap perkara tersebut, BN begitu mengambil berat terhadap hak rakyat supaya hak rakyat tetap terpelihara daripada terjatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.

    Ini yang membezakan manifesto BN dan Pakatan harapan yang tidak memiliki struktur lengkap untuk mempertahankan hak tanah rakyat.

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sentiasa Menjamin Hak Ke Atas Tanah Rakyat "