• BN Sentiasa Jaga Budaya, Warisan Setiap Kaum Di Malaysia

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Budaya dan warisan setiap lapisan kaum di Malaysia sentiasa dipelihara dari dahulu lagi sehingga sekarang dalam memastikan suasana harmoni dapat terus dikecapi,

    Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) turut memberi penekanan khusus kepada pemeliharaan budaya dan warisan.

    Serentak dengan itu, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak turut memberi penekanan kepada perkara sama memandangkan negeri ini merupakan model utama kepada gagasan 1Malaysia.

    Ini kerana setiap kaum etnik di Sarawak amat mengutamakan kebudayaan dan warisan sebagai amalan kehidupan, justeru BN Sarawak turut memasukkan pemeliharaan kebudayaan dan warisan dalam manifesto BN Sarawak yang dilancarkan semalam.

    Ia jelas menunjukkan BN tidak meminggirkan mana-mana kaum etnik sebaliknya terus mempertahankan budaya dan warisan untuk diwarisi kepada generasi akan datang.

    Bukan itu sahaja, BN turut menyokong kepercayaan seluruh rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Unit For Other Religions (UNIFOR).

    Memang dalam Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi namun seluruh rakyat negara ini bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " BN Sentiasa Jaga Budaya, Warisan Setiap Kaum Di Malaysia "