• BN Sarawak Angkat Martabat Pendidikan Masyarakat Cina

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Masyarakat Cina Sarawak memang diketahui begitu mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak menyokong penuh pendidikan sekolah Cina dan meyumbang dana yang besar bagi membantu meningkatkan infrastruktur sekolah serta pendidikan pelajar.

    Sejajar dengan pengumuman manifesto BN oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong pendidikan masyarakat Cina, BN Sarawak turut menitik beratkan pendidikan masyarakat Cina negeri dengan pelbagai inisiatif yang memperkasakan pendidikan masyarakat Cina.

    Sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperuntukkan RM 7 juta bagi mempertingkatkan pendidikan sekolah Cina.

    Malah BN terus menyokong usaha masyarakat Cina untuk membina sekolah-sekolah serta menambahbaik infrastruktur sekolah.

    Bukan sekadar itu sahaja, dalam manifesto BN Sarawak turut terkandung pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC).

    Ini akan memberi peluang kepada penuntut sekolah Cina diterima bekerja dalam sektor awam selepas keluar dari alam persekolahan.

    Terbukti manifesto BN pada PRU14 begitu mengambil berat tentang pendidikan masyarakat Cina agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat membangun di bawah pemerintahan kerajaan BN.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Angkat Martabat Pendidikan Masyarakat Cina "