• BN Pertahan Dan Bina Peluang Ekonomi Pemilik Tanah Adat

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+


    Isu tanah adat bukan asing lagi di Sarawak, malah pembangkang cuba mempolitikkan isu terbabit dengan pelbagai propaganda untuk meraih sokongan bagi menghadapi PRU14.

    Pembangkang semakin ketandusan idea sehingga apa juga isu dapat di politikkan termasuk tanah adat Sarawak tanpa mempunyai sebarang mekanisma bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Barisan Nasional (BN) bukan sekadar merangka plan terbaik bagi menangani tanah adat dalam manifesto, tetapi melaksanakan pelbagai dasar bagi mempertahankan hak rakyat ke atas tanah adat.

    Peruntukkan untuk menyukat primeter tanah turut diperuntukkan oleh kerajaan BN pusat agar segala kos kerja menyukat di tanggung kerajaan.

    Ini bermakna pemilik tanah adat tidak perlu mengeluarkan kos dan hak milik dapat dipertahankan.

    Setakat ini, 834,696 hektar berjaya ditanda dan disurvey dan 656,373 diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak. Ini membuktikan BN bekerja keras untuk mewartakan tanah adat sah jadi milik pemilik tanah.

    Pada masa sama, pemilikkan sah tanah adat kepada pemilik bagi melaksanakan Transformasi Pertanian.

    Mengadakan perkongsian strategik bagi mendapatkan manfaat daripada pasaran global dan membantu meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat dalam pertanian seperti yang terdapat dalam manifesto BN.

    Subjects:

  • No Comment to " BN Pertahan Dan Bina Peluang Ekonomi Pemilik Tanah Adat "