• BN Perlu Menang Untuk Terus Bangunkan Sibu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh berkata Barisan Nasional (BN) perlu menang untuk membangunkan Sibu.

    Menurutnya, sudah tiba masanya memberi peluang kepada BN untuk melaksanaan Rancangan Sibu 1.0 (RS1) iaitu rancangan lima tahun bagi membangunkan Sibu.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menggesa komuniti Cina berfikir dua kali sebelum mereka membuang undi kerana mereka adalah orang yang menentukan keputusan pilihan raya.

    “Saya rasa sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada BN terutama pelaksanaan Rancangan Sibu 1.0 (RS1) iaitu rancangan lima tahun supaya dapat membantu membangunkan Sibu dan mengangkatnya mencapai status bandar raya,” katanya.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan itu berkata terlalu banyak peluang diberikan sejak sedekad lalu dan Sibu berada di tangan pembangkang sangat merugikan.

    Sementara itu, mengenai kerusi Parlimen Sibu dan Lanang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata majoriti pengundi Cina atau majoriti Cina tinggal di bandar.

    “Oleh itu, mereka harus berhati-hati apabila membuang undi kerana sebelum ini mereka memberi begitu banyak peluang kepada pembangkang.

    “Sepanjang 10 tahun sudah kita berada di tangan pembangkang.

    “Kini tiba masanya kita memberi peluang kepada BN melakukan yang terbaik untuk Sibu,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " BN Perlu Menang Untuk Terus Bangunkan Sibu "