• BN Harus Kekal Di Parlimen Baram

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+


    Parlimen Baram di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional semakin pesat membangun apabila projek infrastruktur rakyat dilaksanakan.

    Projek pembinaan jambatan Marudi akan memberi impak positif terhadap pembangunan secara menyeluruh di Parlimen Baram.

    Dengan terbinamya jambatan itu nanti, penduduk Marudi akan menikmati segala kemudahan justeru menyingkat perjalanan penduduk ke Bandaraya Miri.

    Implikasi daripada pembinaan jambatan tersebut akan mengundang lebih banyak pembangunan seterusnya khususnya pembangunan ekonomi penduduk keseluruhannya.

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari memandang jauh dalam hal ini. Parlimen Baram akan menjadi destinasi pelancongan terkemuka.

    Perancangan membina infrastruktur seperti jalanraya ke pusat-pusat perlancongan akan dipertingkatkan.

    Pada masa sama rakyat Baram dapat bergiat aktif dalam bidang ekonomi seperti pembuatan kraftangan dan sebagainya.

    Inilah kepimpinan Barisan Nasional hari ini yang lebih fokus terhadap perkembangan pembangunan infra dan ekonomi rakyat.

    Jadi sudah semestinya rakyat Parlimen Baram mengekalkan Barisan Nasional kerana kepimpinan BN melihat jauh pembangunan Baram dan akan menyaksikan rakyat Baram menikmati pendapatan tinggi pada masa hadapan.

    Subjects:

  • No Comment to " BN Harus Kekal Di Parlimen Baram "