• BN Akan Pastikan Kerusi Parlimen ‘Kelabu’ Dapat Ditawan Semula

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Barisan Nasional (BN )akan berusaha memastikan kerusi Parlimen yang dikategori sebagai kawasan ‘kelabu’ di negeri ini dapat ditawan semula pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi kawasan dikategori ‘hitam’ BN akan berusaha mewujudkan suasana politik yang menyaksikan pengundi beralih sokongan kepada BN.

    “Ya, sudah tentu tidak semua kerusi Parlimen di Sarawak adalah kawasan ‘putih’ tetapi yang ‘kelabu’ kita (BN) akan berusaha supaya kita mencapai kemenangan.

    “Manakala bagi kawasan ‘hitam’ sudah tentu kita terus berusaha mewujudkan suasana politik yang mana (pengundi) kawasan itu harus berpindah sokongan kepada calon-calon BN,” katanya.

    Zahid yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa BN boleh memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi daripada 31 Parlimen di Sarawak pada PRU14 nanti.

    “Sudah tentu kita ke arah itu, kita perlukan pemikiran yang positif mengenai perkara ini. Itulah yang sedang kita buat walaupun BN berdepan masalah dalaman parti.

    “Namun ia (masalah dalamam parti) adalah perkara yang sangat normal berlaku sama ada semasa Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri mahupun Pilihan Raya Umum,” katanya. – Sarawakiana


  • No Comment to " BN Akan Pastikan Kerusi Parlimen ‘Kelabu’ Dapat Ditawan Semula "