• Bersama BN Akan Terus Lindungi Hak Sarawak

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+


    Kesinambungan manifesto Barisan Nasional yang diumum oleh Pengerusi Barisan Nasional pusat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April lepas di teruskan oleh Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi manifesto BN Sarawak untuk Pilihanraya Umum ke 14.

    Keprihatinan dan kerterbukaan Najib mempertahankan hak Sarawak diterjemah dalam manifesto BN yang merangkumi perkara berkaitan melindungi hak-hak negeri.

    Najib sudah beberapa kali menyuarakan tentang hak Sarawak yang terambil ataupun pun terhakis akan tetap dikembalikan kerana Sarawak begitu dekat di hati beliau.

    Atas faktor tersebut kepimpinan BN negeri lebih terbuka dan mudah bila menyuarakan isu hak kepada Najib.

    Hasilnya beberapa keputusan telah dibuat dan 13 hak telah dikembalikan kepada Sarawak.

    Apa yang lebih utama adalah hak penerokaan sumber minyak dan gas turut dikembalikan dan memudahkan Sarawak mewujudkan syarikat carigali minyak sendiri.

    Buktinya sudah menjadi nyata dan hak lain seperti Empangan Hidroelektrik Bakun dan penyeliaan elektrik sudah diserah sepenuhnya kepada Sarawak.

    Hakikatnya manifesto BN baik dari pusat mahupun negeri sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing dan manifesto 2018 ini akan meneruskan lagi agenda berkenaan sehingga Sarawak dapat mengurus hak yang dikembalikan dengan sebaik mungkin dan setiap akujanji diyakini akan tertunai.

    Subjects:

  • No Comment to " Bersama BN Akan Terus Lindungi Hak Sarawak "