• Bekas Isteri Datuk K dipuji Lawat Siti Aafiyah

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    PENYANYI Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kunjungan daripada bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K), Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang ingin bertemu puterinya, Siti Aafiyah.

    Siti berkongsi momen gembira itu menerusi satu foto di akaun Instagram miliknya pada Ahad.

    "Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb,” tulisnya.

    Melihat foto bahagia itu, peminat memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel itu.

    "Respect to ibu @teezac dan ibu @ctdk, sabar dan ikhlas atas ketentuan Allah SWT, semoga selalu sehat, penuh berkah dan tambah sholeha serta semakin di cinta Allah,” tulis Zulyatmi.

    "Alhamdulilah, ziarah menziarahi,” tulis Ibrahimnorawati pula.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Isteri Datuk K dipuji Lawat Siti Aafiyah "