• Bayi Lelaki Maut Selepas Dibedah Buang Alat Sulit

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 27 April 2018
    A- A+

    GILA…Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut selepas dibedah oleh seorang doktor bagi membuang alat sulitnya.

    Perbuatan itu dilakukan oleh doktor itu semata-mata kerana sebelum ini dia telah memaklumkan kepada ibu bayi tersebut bahawa wanita itu mengandung anak perempuan.

    Doktor yang dikenali sebagai Anuj Kumar itu mahu membuktikan bahawa dia tidak salah ketika menentukan jantina bayi semasa dalam kandungan ibunya.

    Pembedahan berkenaan dilakukan di kliniknya di Chatra, India.

    Menurut Indian Express, perkara itu terbongkar selepas ibu bapa bayi terbabit, Guriya Devi dan Anil Panda membuat laporan polis.

    Mereka mendakwa doktor tersebut memberitahu bahawa mereka akan mendapat anak perempuan selepas ultrasound dilakukan.

    Pasangan berkenaan juga dikenakan bayaran sebanyak £183 untuk pembedahan caesarean ke atas Guriya.

    Anuj didakwa membuang alat sulit bayi lelaki itu dan kemudiannya memberitahu Guriya bahawa dia melahirkan bayi perempuan yang tidak cukup sifat dan bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.

    Keluarga Guriya yang tidak berpuas hati kemudiannya mendapatkan penjelasan daripada doktor terbabit dan kakitangan klinik itu sepanjang malam sebelum mereka membuat laporan polis keesokan harinya.

    Bedah siasat telah dijalankan dan pada masa sama, polis yang mengunjungi klinik itu gagal menemui sesiapa pun kerana ia telah ditutup.

    Dalam pada itu, Anuj dikatakan tidak dapat memberikan lesen perubatan dan dokumen yang berkaitan ketika membuka klinik terbabit pada 16 April lalu.

    Dia kini berdepan dengan tuduhan jenayah, hilang lesen perubatan dan klinik itu akan ditutup jika terbukti tuduhan itu benar. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Lelaki Maut Selepas Dibedah Buang Alat Sulit "