• Batal kerjasama dengan China langkah ‘Gila’ – Najib

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 3 April 2018
    A- A+
    MUAR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata cadangan pembatalan kerjasama terutama melibatkan projek pembangunan dengan China merupakan langkah ‘gila dan tidak siuman’ yang boleh menimbulkan bahang buruk kepada rakyat.

    Perdana menteri berkata hasrat yang diumumkan pembangkang untuk membatalkan projek kerjasama China seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tindakan politik yang bakal merugikan rakyat negara ini.

    “Bayangkan tuan puan kalau kita merenggangkan atau mengeruhkan hubungan dua hala dengan China, kalau China tak beli minyak sawit, perabot dan kayu kayan kita, siapa nak beli? Kalau China tak beli, bukan pemimpin pembangkang rugi, tetapi rakyat Malaysia yang akan rugi.”

    “Pihak satu lagi ini memanglah haru-biru, jadi pilihlah kerajaan yang memperjuangkan nasib rakyat, membantu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Muar Furniture Park dan pelancaran program Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SuperBumi) di Bakri di sini.

    Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. — BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Batal kerjasama dengan China langkah ‘Gila’ – Najib "