• Bapa Keji, Jadikan Anak Sebagai Pemuas Nafsu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    Perilaku keji bapa yang menjadikan anak gadisnya sebagai pemuas nafsu sejak tiga tahun lalu, terbongkar apabila mangsa mendedahkan perbuatan bapanya kepada guru sekolahnya.

    Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa berusia 13 tahun yang bersekolah di daerah ini dibawa oleh guru di sekolahnya ke Hospital Likas selepas mangsa mendakwa dirogol bapa kandungnya, sebelum laporan polis dibuat oleh pihak hospital pada 9 malam, Jumaat lalu.

    "Siasatan lanjut mendapati, suspek merogol mangsa sejak usia 10 tahun lagi dan perbuatan itu dilakukan hampir dua kali setiap bulan.

    "Suspek juga dikatakan merogol anak gadisnya itu apabila isteri dan anaknya tidur atau tiada di rumah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Haris berkata, mangsa hanya mengadu kepada gurunya selepas tidak tahan menjadi mangsa rogol hampir setiap bulan dengan kejadian terakhir pada 15 April lalu ketika ibu dan adik beradiknya sedang tidur di bilik lain.

    "Susulan laporan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menahan suspek yang juga anggota tentera berusia 37 tahun," katanya.

    Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol ke atas seorang perempuan di mana hubungan tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa Keji, Jadikan Anak Sebagai Pemuas Nafsu "