• Bank Tutup Cawangan Bukan Kerana Ekonomi Gawat

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan yang ekonomi negara berkembang kepada 5.9 peratus keseluruhan tahun 2017. Ini membuktikan ekonomi Malaysia begitu baik , malah yang terbaik di dunia.

    Namun disebalik kekukuhan ekonomi negara, terdapat bank-bank di negara ini bertindak menutup cawangan justeru mengundang persepsi negatif daripada pihak pembangkang yang mendakwa penutupan cawangan bank terbabit adalah disebabkan ekonomi gawat.

    Persepsi tersebut adalah satu fitnah yang tidak berasas sama sekali kerana penutupan cawangan bank tersebut mempunyai alasan kukuh dan bukan disebabkan kegawatan ekonomi.

    Pihak bank telah menjawab isu tersebut dan memberi ulasan kepada umum. Ironinya bank-bank mula menutup cawangan kerana kemajuan teknologi.

    Di zaman internet yangserba moden, semakin ramai dalam kalangan kita yang tidak lagi pergi ke bank untuk menjalankan urusan seperti mengeluarkan, mendeposit atau memindahkan wang ke akaun lain serta membayar bil-bil dan sebagainya. Kesemuanya ini boleh dilakukan di hujung jari melalui internet.

    Aktiviti seperti ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tanpa perlu pergi dan beratur di bank. Kebanyakan bank juga menutup cawangan-cawangan fizikal atas dasar rasionalisasi kos untuk mengoptimakan operasi dan memaksimakan keuntungan.

    Pada tahun 2017, Maybank mencatatkan keuntungan bersih lebih RM7 bilion, iaitu keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhan dan operasi bank tersebut.

    CIMB pula mencatatkan keuntungan bersih lebih RM4.5 bilion, peningkatan sebanyak 25.5% daripada tahun 2016. Orang ramai, lebih-lebih lagi mereka yang melabur dalam ASB dan yang mempunyai simpanan persaraan wajib dalam KWSP sepatutnya faham mengapa bank mesti memastikan mereka meraih yang konsisten. 

    ASB dan KWSP mempunyai pegangan saham besar dalam bank-bank. 20.49% daripada jumlah pelaburan ASB adalah dalam Maybank, manakala 1.37% di dalam CIMB. Oleh itu, bagi memastikan pihak bank mampu memberikan pendapatan yang konsisten atas pelaburan yang dibuat oleh PNB (ASB) dan KWSP, bank-bank mesti memastikan mereka mengekalkan keuntungan yang konsisten.

    Penutupan cawangan-cawangan bank bukanlah disebabkan 1MDB, Perdana Menteri mencuri duit untuk pembelian berlian buat isterinya atau fitnah-fitnah lain yang selalu digembar-gemburkan pihak pembangkang.

     Duit simpanan dalam bank dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Jikalau pun bank tiba-tiba bankrap, maksimum RM250,000 akan dipulangkan semula kepada pemilik akaun di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.

    Subjects:

  • No Comment to " Bank Tutup Cawangan Bukan Kerana Ekonomi Gawat "