• Baguslah Kalau Majikan Bagi Cuti

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutallib memuji tindakan majikan yang memberi cuti tambahan kepada pekerja untuk pulang mengundi pada 9 Mei ini sebagai satu langkah yang baik.

    Beliau berkata, majikan tidak seharusnya menyekat pekerja untuk pulang mengundi sebaliknya perlu mewujudkan suasana yang harmoni sesama mereka.

    "Kita tahu jika seseorang pekerja bercuti, sedikit sebanyak mengurangkan produktiviti. Tetapi mengundi adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh rakyat,

    "Tidak menjadi kesalahan jika pekerja memohon cuti dari majikan untuk pulang mengundi, kerana tanggungjawab itu termaktub dalam Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam program Wacana Minda 'Memupuk Kehormanian Perusahaan Melalui Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS).-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Baguslah Kalau Majikan Bagi Cuti "