• Azmin Beri Dedak Atau Rasuah ?

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+


    Pembangkang sering menyalah pihak Barisan Nasional tentang janji pilihanraya dan peruntukkan untuk rakyat.

    Malah pembangkang mendakwa tindakan BN tersebut merupakan pemberian dedak dan rasuah.

    Apa sahaja tindakan BN yang memberi fedah kepada rakyat pada Piliharaya Umum ke 14 (PRU14) tetap salah di mata pembangkang.

    Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di hambur dengan pelbagai kata-kata penghinaan yang tidak sepatutnya.

    Penerima BR1M menerima dedak, wang curi, rasuah dan sebagainya malah pembangkang boleh mengeluar fatwa sendiri yang wang BR1M haram untuk penerima terima.

    Sampai begitu sekali pembangkang menghina rakyat yang layak menerima BR1M. Bila berlaku terhadap pihak pembangkang, tidak pula keluar kenyataan menghina kepada rakyat yang menerima sesuatu daripada pemimpin pembangkang.

    Semuanya senyap dan seakan setiap tindakan pembangkang betul semunya.

    Bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali terang-terangan memberi wang tunai kepada pengundi di Bukit Antarabangsa. Bukan cuma wang, komputer riba dan Ipad turut di beri dan jumlah bantuan yang diedarkan dipercayai berjumlah RM2.24 juta. 

    Kenapa yang ini pembangkang cuba sembunyikan dan tidak pula kedengaran suara kritikan mendakwa dedak ataupun rasuah terhadap penerima tersebut.

    Inilah sikap pembangkang yang lebih gemar mencari kesalahan BN walhal kesalahan pembangkang lebih teruk lagi dan hipokrit dalam semua hal.

    Subjects:

  • No Comment to " Azmin Beri Dedak Atau Rasuah ? "