• Arul Kanda Turun Padang

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    MUAR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda mengambil langkah turun padang untuk bersemuka dengan rakyat bagi menjawab isu-isu membabitkan syarikat milik kerajaan itu.

    Katanya, langkah agresif sejak bulan lalu itu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada rakyat negara ini bertanya dan mendapat jawapan berasaskan fakta, sekali gus mengenepikan tohmahan pihak pakatan pembangkang.

    “Kita ingin rakyat tahu, di sebalik semua tohmahan-tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang, sebenar­nya syarikat ini telah berjaya menarik pelabur ke Tun Razak Exchange (TRX) seperti HSBC Bank Malaysia Bhd., Prudential dan Affin Bank Bhd. selain menandatangani usaha sama dengan Lend Lease.

    “Projek pembangunan tanah ini membabitkan nilai pembangunan kasar RM40 bilion dan apabila dibangunkan ia akan membuka lebih 30,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini,” katanya.-Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Arul Kanda Turun Padang "