• Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu Houthi

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+
    RIYADH 12 April - Tentera Arab Saudi berjaya memintas tiga peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan militan Houthi ke Riyadh, Jizan dan Najran, hari ini.

    Kumpulan berkenaan mendakwa menyasarkan Kementerian Pertahanan Arab Saudi di Riyadh dan pusat pengagihan Saudi Aramco di Najran.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan yang merupakan kali keempat dilancarkan dalam tempoh lima bulan ke Riyadh. - Reuters


    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu Houthi "