• Apa sebab Rafizi tuduh PDRM sedemikian?

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR 28 April - Polis menafikan dakwaan Rafizi Ramli yang mengatakan calon gabungan pembangkang PKR, Dr. S. Streram dihalang polis ketika hadir mendaftar semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Rembau, Negeri Sembilan.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tohmahan berkenaan tidak benar sama sekali kerana penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melibatkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

    Ujarnya, tuduhan sedemikian tidak berasas kerana Rafizi mendakwa polis menghalang calon tertentu masuk ke tempat proses penamaan calon PRU-14.

    "Polis tidak pernah halang mereka (calon untuk mendaftar), jika pihak pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minta bantuan pada polis mungkin ada alasan tersendiri berbuat demikian.

    "Jika dia (Rafizi) buat tohmahan tidak berasas kepada PDRM lagi, kami akan panggil dia apa sebab dia menuduh PDRM dengan tuduhan sedemikian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

    Ditanya sama ada PDRM akan memanggil Rafizi, Mohamad Fuzi berkata, perkara berkenaan bagaimanapun bergantung kepada keadaan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Apa sebab Rafizi tuduh PDRM sedemikian? "