• Anjing ‘Pandu’ Trak Pikap Rempuh Kedai Telefon Bimbit

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    WILAYAH JIANGSU, CHINA: Seekor anjing dirakam ‘memandu’ sebuah trak pikap elektrik lalu merempuh sebuah kedai telefon bimbit di bandar Taizhou di sini baru-baru ini.

    Insiden dipercayai berlaku apabila haiwan peliharaan pemilik kenderaan itu secara tidak sengaja memijak pedal yang mana menggerakkan roda jentera berkenaan.

    Satu rakaman video menunjukkan trak itu meluru masuk melalui pintu depan premis itu dan merempuh beberapa buah rak pameran telefon.

    Sebaik sahaja insiden rempuhan itu berakhir, seekor anjing dilihat berada di kerusi pemandu trak pikap berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan yang cedera dalam kemalangan itu.

    Pemilik kenderaan itu dipercayai tidak mematikan kuasa enjin sebelum meninggalkan trak yang diletakkan di satu kawasan tempat letak kereta berhampiran kedai berkenaan. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anjing ‘Pandu’ Trak Pikap Rempuh Kedai Telefon Bimbit "