• Angkat Berat Raih Emas Pertama Di Sukan Komanwel

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    GOLD COAST – Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad muncul menjadi wira apabila meraih pingat emas pertama untuk Malaysia setelah menerrusi acara angkat berat kelas 56kg pada Khamis.

    Atlet berusia 24 tahun dari Pahang itu turut memecahkan rekod Sukan Komanwel bagi disiplin snatch apabila mengangkat 117kg sebelum memastikan kemenangan apabila mengangkat 144kg dalam disiplin clean & jerk.

    Catatan keseluruhan Muhammad Azroy Hazal Wafie iaitu 261kg bermakna dia turut memperbaharui rekod temasya itu dengan memecahkan catatan sebelum ini oleh Amirul Hamizan Ibrahim iaitu 260kg di Manchester 2002.

    Dia yang secara kebetulan turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini menewaskan pencabar terdekat dari India, Gururajaya, yang melakukan angkatan seberat 111kg untuk meraih perak di Arena Sukan Carrara di sini.

    Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik peserta yang mewakili Sri Lanka, Chaturanga Lakmal dengan angkatan seberat 114kg. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Angkat Berat Raih Emas Pertama Di Sukan Komanwel "