• Anak Muda Perlu Rebut Peluang Disediakan Kerajaan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Generasi muda sekarang perlu merebut peluang disediakan kerajaan bagi melahirkan golongan berkualiti sebagai pemimpin masa hadapan.

    Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, penekanan diberikan adalah berlandaskan kepada teknologi maklumat.

    Sehubungan itu menurutnya, pendekatan Ketua Menteri secara tidak langsung dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berpengatahuan tetapi juga memiliki kemahiran yang bersesuaian dengan pasaran kerja semasa.


    "Kita perlu melakukan sesuatu yang boleh melahirkan cendiakawan yang boleh menjadi pakar yang berjaya.

    "Harapan kerajaan adalah untuk melihat generasi muda sekarang merebut peluang yang disediakan kerajaan," katanya berucap merasmikan Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 Peringkat Negeri Sarawak di sini, malam tadi.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, pendidikan berlandaskan ketetapan Allah SWT menerusi al-Quran perlu menjadi teras ke arah melahirkan modal insan yang mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


    Justeru katanya, penganjuran majlis tersebut merupakan wadah terbaik bagi membangunkan generasi cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran al-Quran.-Sarawakiana

  • No Comment to " Anak Muda Perlu Rebut Peluang Disediakan Kerajaan "