• Amaran Singapura, jangan jadikan negara kami platform politik!

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 4 April 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR – Tiada permit bagi perhimpunan awam akan diberikan kepada rakyat bukan Singapura untuk berpolitik dan berkempen di negara berkenaan.

    Pasukan Polis Singapura di laman Facebooknya memberi amaran keras kepada semua rakyat asing sama ada yang melawat, bekerja atau tinggal di republik berkenaan tidak menggunakan negara tersebut sebagai platform berpolitik.

    “Pihak Polis Singapura menyedari seruan yang meminta rakyat Malaysia yang berada di luar negara menyokong aktiviti politik termasuk oleh Global Bersih sempena pilihanraya umum tidak lama lagi.

    “Rakyat asing mesti mematuhi undang-undang kami.

    “Perhimpunan awam di Singapura berada di bawah Akta Arahan Awam dan mengadakan atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis adalah tidak sahnya,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook pasukan itu hari ini.

    Tambahnya, polis tidak akan memberikan sebarang permit kepada perhimpunan yang dianjurkan oleh atau melibatkan rakyat bukan Singapura dengan tujuan berpolitik atau berkempen.

    “Polis akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menganjur arau menyertai perhimpunan haram,” katanya.

    Sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan dikenakan hukuman termasuk penamatan visa atau pas kerja.-theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Singapura, jangan jadikan negara kami platform politik! "