• Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan, Terengganu, Sarawak Dan Sabah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di beberapa kawasan perairan Kelantan, Terengganu, utara Sarawak dan timur Sabah sehingga pukul 6 pagi esok.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

    Menurut kenyataan itu, keadaan itu turut melibatkan kawasan perairan Samui, Phuket dan Sulu bagi tempoh yang sama.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Cuaca Buruk Di Kelantan, Terengganu, Sarawak Dan Sabah "