• Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg Mohon Maaf

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    WASHINGTON : Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, memohon maaf kepada Kongres pada Isnin dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi bagi mengelakkan kejadian salah guna data.

    Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.

    “Kami gagal menjalankan sepenuhnya tanggungjawab kami. Ia satu kesilapan yang besar.

    "Ia kesalahan saya dan saya minta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” jelasnya.

    Zuckerberg berkata demikian menerusi kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat (AS).

    Beliau dijadualkan memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres bagi menjawab soalan berhubung kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, yang dikongsi secara tidak wajar dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

    Facebook sebelum ini berkata syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna yang terjejas.

    Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

    Zuckerberg akan menyambung keterangan di hadapan panel dewan tersebut hari ini. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Akui Kesilapan Besar, Zuckerberg Mohon Maaf "