• Aktivis Separuh Bogel Ancam Bill Cosby

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    PHILADELPHIA - AMERIKA SYARIKAT . Seorang aktivis wanita mencetuskan kekecohan di luar mahkamah semalam, apabila cuba menyerang pelawak terkenal Bill Cosby.

    Ketika kejadian, Cosby baru tiba di mahkamah di pinggir Philadelphia bagi menghadiri perbicaraan kes rogolnya.

    Badan wanita itu dicat dengan perkataan 'Womens Lives Matter' serta nama-nama wanita yang menjadi mangsa serangan seksual pelakon veteran tersebut.

    Bagaimanapun, percubaan wanita itu meluru ke arah Cosby gagal apabila dia dihalang polis.

    Polis menggari tangan wanita tersebut dan dia ditahan untuk siasatan.

    Sumber memberitahu, wanita berusia 38 tahun itu pernah muncul dalam empat episod sitkom The Cosby Show ketika bergelar pelakon kanak-kanak satu ketika dahulu.

    Cosby, 80, didakwa melakukan serangan seksual ke atas beberapa wanita.

    Media sebelun ini melaporkan lebih 40 wanita tampil mengaku menjadi mangsa serangan seksual aktor tersebut.

    Sebelum ini, Agensi Media Associated Press mendedahkan Cosby mengaku memberikan dadah jenis quaaludes kepada wanita sebelum mencabul mereka.

    Keterangan itu dibuat dalam kes saman sivil seorang wanita yang mendakwa dicabul Cosby pada 2005. - Metro.uk

    Subjects:

  • No Comment to " Aktivis Separuh Bogel Ancam Bill Cosby "