• Abang Jo Umum 25% Saham Dalam MLNG Tiga

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    MIRI: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarawak kini memiliki 25 peratus syer atau pegangan saham di dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga) malam tadi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, ia merupakan salah satu matlamat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) ditubuhkan, iaitu menuntut hak orang Sarawak dalam industri minyak dan gas.

    "Bulan lepas kita hanya memiliki sebanyak 10 peratus dalam MNLG Tiga, tetapi hari ini syer kita naik kepada 25 peratus, yang diberi balik kepada 'anak Sarawak'.

    "Kita tidak mahu melihat Sarawak yang mengeluarkan minyak (dan gas) tetapi terpaksa berputih mata. Oleh sebab itu kita tubuhkan Petros, untuk mendapatkan kembali hak-hak anak Sarawak," katanya.

    Terdahulu, MLNG Tiga merupakan sebahagian daripada Kompleks Petronas LNG di Bintulu yang dikendalikan oleh Malaysia LNG Sdn Bhd, iaitu salah anak syarikat Petronas, iaitu pemegang ekuiti terbanyak dalam MLNG Tiga (sebanyak 60 peratus). – Sarawakiana
  • No Comment to " Abang Jo Umum 25% Saham Dalam MLNG Tiga "