• Abang Jo Mahu Masyarakat Lun Bawang Sumbang Kemenangan Besar Kepada BN

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+

    MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu masyarakat Lun Bawang menyumbang kepada kemenangan besar BN agar beliau selaku ketua menteri mendapat mandat besar berunding dengan Putrajaya.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerusi teks ucapan Ketua Menteri dibacakannya di sini malam kelmarin.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya masyarakat Lun Bawang yang merupakan salah satu etnik Orang Ulu di negeri ini, BN memperuntukkan dua kerusi untuk Orang Ulu peringkat Parlimen iaitu Baram dan Lawas bagi mewakili suara Orang Ulu di Dewan Rakyat.

    “Sokongan kuat masyarakat Lun Bawang sangat penting pada PRU14 ini, lebih-lebih lagi apabila mempunyai wakil kerajaan (Pusat) menjamin lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan demi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat Lun Bawang,” katanya.

    Justeru, beliau mahu masyarakat Orang Ulu memastikan kedua-dua kerusi itu menang di bawah tiket BN pada PRU14 ini agar wakil mereka mampu membawa suara dan keperluan pembangunan mereka ke peringkat pusat.

    Sementara itu, Awang Tengah turut mnegaskan semua calon bertanding dan pihak berkempen bagi calon mereka supaya tidak membangkitkan isu-isu menyentuh sensitiviti rakyat di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

    Katanya, tanpa mengira parti mana, mereka bertanding sebagai calon pada PRU14 ini mempunyai tanggungjawab menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat. – Sarawakiana

  • No Comment to " Abang Jo Mahu Masyarakat Lun Bawang Sumbang Kemenangan Besar Kepada BN "