• 60 Kali Dalam 9 Tahun, Bukti Najib Prihatin Terhadap Sarawak

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    Dalam tempoh 9 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, sudah 60 kali beliau datang melawat negeri ini.

    Bukan sekadar melawat dan mengakui Sarawak begitu dekat di hatinya, Najib bertekad akan memajukan negeri ini dengan sekian banyak dana serta peruntukan yang dihulurkan.

    Ketika Tun Abdul Taib menjadi Ketua Menteri, permohonan untuk membina lebuhraya Pan Borneo disuarakan. Najib terus memasukan projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai agenda utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

    Selain dari itu, Najib turut meluluskan pembinaan beberapa jambatan bagi penambahbaikan jalan pesisir. Buktinya Jambatan Batang Sadong sudah siap dan beberapa jambatan utama lain akan siap tidak lama lagi.

    Kini, giliran Datuk Patinggi Abang Johari menjadi ketua menteri, jambatan Marudi dipohon daripada Najib dalam tempoh belom setahun Abang Johari jadi ketua menteri, hari ini Najib sudah melancarkan projek pembinaan jambatan Marudi yang akan memudahkan perjalanan penduduka tempatan ke Bandaraya Miri.

    Dalam tempoh 9 tahun sudah 60 kali melawat Sarawak, hak berkaitan Sarawak dibincang dengan hati terbuka dan Najib menyatakan jika ada hak Sarawak yang terambil secara langsung dan tidak langsung akan dikembalikan kepada negeri ini.

    Buktinya, Empangan Hidroelektrik Bakun dan hak meneroka sumber asli seperti minyak dan gas sudah pun Najib serah kembali.

    Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dipetik Free Malaysia Today pada 1 April berkata; ” Saya yakin kalau ada kerajaan pusat yang perihatin terhadap Sabah dan Sarawak maka segala prasarana dapat dibangunkan. Yang sudah bangun itu bangun lah tapi masih tak mencukupi. Kita nak supaya ada kerajaan yang mewakili rakyat,”.

    Merujuk kenyataan itu, Tun Mahathir kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP, seolah-olah mengakui bahawa beliau tidak prihatin kepada Sabah dan Sarawak ketika memimpin Negara selama 22 tahun.

    Malah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, Mahathir hanya melawat Sarawak sebanyak 10 kali, jauh berbeza dengan pencapaian yang dilakukan perdana menteri ketika ini Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah melawat Sarawak sebanyak 60 kali dalam masa 9 tahun pentadbirannya. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " 60 Kali Dalam 9 Tahun, Bukti Najib Prihatin Terhadap Sarawak "