• 58 Individu Dicekup Terlibat Judi Haram Di Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+


    KUCHING - Polis berjaya menahan 58 individu terlibat judi haram dalam 30 serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak sepanjang minggu lalu.

    Ketuanya, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 27 operasi terhadap premis menjual loteri tidak berlesen, judi siber (satu) dan dua gelanggang sabung ayam.

    “Kesemua suspek ditahan termasuk seorang warga asing terdiri 41 lelaki manakala selebihnya wanita berusia antara 17 hingga 58 tahun.

    “Dua serbuan gelanggang sabung ayam dijalankan di Padawan dan Miri dengan menahan 28 individu ditahan bersama pelbagai barangan judi termasuk ayam dirampas,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Tambahnya, selain itu sebanyak 27 serbuan di kaunter loteri haram dalam lapan daerah yang kebanyakan di Kuching dan Miri.

    “Seramai 29 individu ditahan dengan wang tunai RM7,820 dan peralatan lain dirampas.

    “Kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " 58 Individu Dicekup Terlibat Judi Haram Di Sarawak "