• 5,000 Penyokong Iringi Ahmad Zahid Ke Pusat Penamaan Calon

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+


    BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Teedo Resort di sini bagi menyertai kira-kira 5, 000 penyokong Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

    Timbalan Perdana Menteri tiba pada pukul 7.50 pagi dengan disambut pukulan kompang dan tabla di lokasi penyokong BN berkumpul sejak pukul 6 pagi.

    Ahmad Zahid yang berbaju Melayu warna biru tua diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon BN DUN Hutan Melintang, Datuk Khairudin Tarmizi.

    Berucap di hadapan penyokongnya, Ahmad Zahid berkata, sambutan hebat yang diterimanya membuktikan perpaduan dalam BN dan jentera parti itu semakin mantap dan utuh.

    “Alhamdulilah saya, Khairudin dan Shahrul Zaman amat bersyukur dengan sokongan ini.

    “Marilah kita sama-sama memohon pada Allah agar usaha kita di Bagan Datuk akan dapat restu dan dokongannya kerana apa yang ingin ketiga-tiga kami bawa semuanya untuk rakyat, anak dan pengundi Bagan Datuk,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 5,000 Penyokong Iringi Ahmad Zahid Ke Pusat Penamaan Calon "