• 20,000 Sambut Najib Di Semporna

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    SEMPORNA: Hampir 20,000 penduduk Semporna berkumpul di Dataran Regatta Lepa di sini pagi ini bagi menyambut kunjungan julung kali Datuk Seri Najib Tun Razak ke daerah itu.

    Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi Ketua Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pada pukul 9.15 pagi ini membawa khabar gembira kepada masyarakat di situ yang selama ini mahukan pembangunan di tempat mereka.

    Dalam kunjungan itu, Najib akan melancarkan Projek Semporna Hab Pelancongan Antarabangsa dan Pemberian Geran Tanah Anak Negeri kepada 1,000 penduduk yang sebelum ini tidak dilayan oleh pemimpin terdahulu walaupun permohonan telah dibuat.

    Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Musa, Puan Sri Faridah Tussin; Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramli Marhaban.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 20,000 Sambut Najib Di Semporna "