• 2 Juruterbang Mati Pesawat Bertembung

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    BERLIN: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan dipandu mereka bertembung di udara, petang semalam.

    Kejadian jam 4.10 petang itu berlaku kira-kira enam kilometer dari Lapangan Terbang Schwabisch Hall, selatan Jerman ketika pesawat berkenaan cuba mendarat.

    Jarak penglihatan yang terhalang dikatakan menjadi punca salah seorang juruterbang bertembung dengan pesawat ringan microlight.

    Jurucakap polis berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat terperinci namun kedua-dua juruterbang itu menghampiri lapangan terbang berkenaan ketika kejadian terbabit.

    “Tidak ada apa yang boleh saya katakan lagi,” katanya.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " 2 Juruterbang Mati Pesawat Bertembung "