• 13RAMD Tahan PATI dan 3 Motosikal

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+
    KUCHING: Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) yang membuat operasi keselamatan secara berterusan di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat (Kalbar) berjaya menahan seorang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bersama tiga buah motosikal curi di Serikin, petang semalam.

    Jurucakap 13RAMD berkata, kira-kira jam 4 petang Khamis, operasi yang diketuai Lt Kol Ismahizan Ishak telah menahan PATI bersama tiga buah motosikal yang disyaki dicuri melalui lorong tikus di Serikin.

    “PATI dan motorsikal tersebut telah dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Polis

    “Anggaran nilai barang rampasan keseluruhanya berjumlah RM 26,000,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " 13RAMD Tahan PATI dan 3 Motosikal "