• Zahid arah separuh elaun anggota polis dibayar dulu menjelang pilihan raya

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    CHERAS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan membayar elaun sebanyak 50 peratus kepada semua anggota polis yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu harus dilakukan kerana prihatin terhadap kebajikan kakitangan yang akan meninggalkan keluarga masing-masing dalam tempoh yang lama.

    “Saya telah arahkan agar PDRM membayar elaun kakitangan polis sebanyak 50 peratus sebelum mereka bergerak.

    “Sekurangnya ada bekalan kepada anak, isteri dan keluarga,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi PDRM di Maktab PDRM hari ini.

    Baki elaun tersebut perlu diselesaikan dalam masa 30 hari selepas berakhirnya PRU14.

    “Dalam Islam, upah mestilah dibayar. Elaun mesti dibayar sebelum peluh kering. Jangan simpan duit itu, bayar awal. Saya lakukan ini kerana saya amat prihatin kepada PDRM,” katanya lagi.

    PDRM akan menempatkan lebih 64,000 anggota dan pegawai di seluruh negara, bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya. - therakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Zahid arah separuh elaun anggota polis dibayar dulu menjelang pilihan raya "