• Wujud Bank Khusus Wanita Buka Perniagaan - Norah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah bank khusus untuk usahawan wanita bagi membantu mereka memulakan perniagaan.

    Anggota Parlimen Tanjong Manis, Datuk Norah Tun Abdul Rahman berkata walaupun kini terdapat pelbagai inisiatif sedia ada oleh institusi-institusi tertentu dalam memberi pinjaman namun wanita masih sukar mendapatkan kelulusan.

    Oleh itu, katanya beliau mencadangkan supaya kerajaan menggabungkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk menubuhkan sebuah bank wanita pertama di Malaysia.

    “Majoriti peminjam AIM dan TEKUN kini pun memang wanita, jadi tak salah gabungkan sahaja kedua-dua institusi ini. Institusi ini juga merupakan antara tapak permulaan kepada banyak usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

    Norah berkata kebanyakan usahawan wanita kini perlu memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan sehingga mereka mendapat rekod pencapaian yang baik sebelum diberi pinjaman oleh bank.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Wujud Bank Khusus Wanita Buka Perniagaan - Norah "