• Wilson Ugah Gesa Pengundi Wanita Hulu Rajang Sokong BN

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak menggesa pengundi wanita di Hulu Rajang terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Menurutnya, golongan wanita memberi sumbangan besar dalam membentuk penyokong BN terutama melibatkan kawasan dan keluarga masing-masing.

    "Saya akan berusaya yang terbaik di kawasan ini. Hulu Rajang merupakan kawasan besar yang merangkumi tiga konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Baleh, Belaga dan Murum.

    "Kita masih ketinggalan dalam aspek pembangunan infrastruktur. Dalam usaha membawa lebih banyak pembangunan saya menjemput timbalan menteri kesihatan melawat Kapit dan Mujong.

    "Beberapa hari lepas, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahazir Khalid turut melawat SMK Baleh dan SMK Lepong Baleh untuk melihat keadaan sekolah luar bandar yang merupakan isu yang saya bawakan di parlimen bagi membolehkan pelajar menikmati kemudahan sama seperti sekolah bandar," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, beliau akan berusaha untuk membawa lebih banyak projek pembangunan di Hulu Rajang sekiranya dicalonkan kembali untuk mempertahankan parlimen Hulu Rajang mewakili BN.

    Dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang tambahnya, jalan dari Mujong ke Putai dijangka siap.

    "Ini akan membolehkan penduduk memandu ke Kapit dan kita merancang untuk membuka tanah di Baleh untuk tanaman komersial seperti getah bagi menjana pendapatan," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Wilson Ugah Gesa Pengundi Wanita Hulu Rajang Sokong BN "