• Warga Jerman Tulis Surat Cinta Kepada Pokok Oak Demi Jodoh

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    EUTIN, JERMAN: Sebatang pokok oak berusia 500 tahun di sini menjadi tumpuan orang ramai apabila ia menerima sekurang-kurangnya 40 pucuk surat cinta setiap hari.

    Oddity Central melaporkan, surat cinta berkenaan ditulis dan dikirimkan oleh golongan pencari cinta dari seluruh dunia yang berharap ada individu akan membaca dan membalas surat mereka.

    Biarpun dunia kini berada da­lam era teknologi, namun po­kok Oak Bridegroom menjadi medium pilihan kepada mereka yang percaya kepada cinta sejati.

    Pokok tersebut mula menerima ‘perutusan cinta’ sejak 100 tahun lalu berdasarkan cerita la­genda yang berlaku pada 1890.

    Cerita itu mengisahkan me­nge­nai hubungan cinta pasangan kekasih yang ditentang oleh keluarga dan mereka menjadikan pokok oak berkenaan sebagai tem­pat untuk meletakkan surat cinta mereka setiap hari.

    Penduduk tempatan memak­lumkan bahawa pasangan ke­kasih itu akhirnya berkahwin pada 1981 dan majlis mereka diadakan di bawah pokok tersebut.

    Sejak itu, pokok tersebut menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk mengutus surat cinta mereka serta mencari jodoh.

    Pokok oak itu turut mempunyai alamat dan poskod tersendiri bagi membolehkan orang ramai mengirimkan surat mereka.

    Media tempatan melaporkan bahawa pokok itu akan mene­rima kira-kira 1,000 pucuk surat setiap tahun dan kebanyakannya diterima dalam musim panas.

    - Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Jerman Tulis Surat Cinta Kepada Pokok Oak Demi Jodoh "