• Wanita Tahan Sakit 5 Jam Cincin Perak Anak 'Melekat'

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    JASIN: Seorang wanita berdepan detik cemas dan terpaksa menahan kesakitan lebih lima jam apabila cincin yang dipakainya tidak dapat ditanggalkan pagi kelmarin.

    Akibat kejadian itu, jari tengah sebelah kiri wanita berusia 41 tahun itu membengkak menyebabkan dia bergegas ke Jabatan Kecemasan Hospital Jasin di sini bagi mendapatkan bantuan mengeluarkan cincin perak berkenaan.

    Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin.

    Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Azizul Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital jam 6.45 pagi sebelum empat anggota bergegas ke hospital berkenaan.

    “Difahamkan pada malam kejadian, mangsa hanya mahu mencuba cincin perak anaknya, tetapi selepas dipakai ia gagal ditanggalkan.

    “Mangsa sudah mencuba pelbagai cara untuk menanggalkan cincin berkenaan termasuk menggunakan sabun, tetapi masih tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau berkata, bomba mengambil masa lima minit untuk memotong cincin berkenaan.

    “Mujur jarinya tidak melecet hanya membengkak dan kami menggunakan alat khas pemotong cincin,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Tahan Sakit 5 Jam Cincin Perak Anak 'Melekat' "