• Wanita Dibakar Hidup-hidup Hingga Mati Kerana Tolak Pelawaan Seks

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    GARA-GARA keinginan seks tidak ditunaikan, seorang lelaki bertindak menyimbah minyak tanah ke atas seorang wanita sebelum membakarnya hidup-hidup.

    Wanita dikenal pasti sebagai Reena Koli berusia 35 tahun itu kemudian dibawa ke hospital di Kota namun disahkan meninggal dunia akibat melecur teruk.

    Bagaimanapun, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Rambharan Yadav, 31, ditahan di sebuah stesen kereta api Kawai pada Ahad, kata polis menurut laporan Times of India.

    Polis berkata, kedua-dua mereka merupakan penyewa bersama sebuah bangunan.

    Yadav didakwa memanggil Reena yang sudah berkahwin ke biliknya pada pagi Jumaat selain cuba merogol wanita itu.

    Polis berkata bahawa selepas mangsa menolak kemahuan seksual Yadav, lelaki itu berang lalu menyimbah minyak tanah ke atas Reena dan membakarnya sebelum melarikan diri.

    Polis dalam satu kenyataan memberitahu, sebelum Reena meninggal dunia, wanita itu berkata Yadav telah menyimbah minyak tanah dan membakarnya selepas dia enggan menjalinkan hubungan seks.

    Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga pada Sabtu lalu selepas bedah siasat selesai. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Dibakar Hidup-hidup Hingga Mati Kerana Tolak Pelawaan Seks "