• Wang yang dipegang Perbendaharaan Switzerland bukan milik 1MDB

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+
    1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, wang 104 juta (kira-kira RM430 juta) yang dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan miliknya.

    Sehubungan itu, wang tersebut tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia.

    1MDB membuat kenyataan itu merujuk kepada surat-surat yang dihantar oleh iLm Kit Siang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada ahli-ahli Majlis Persekutuan Switzerland berhubung usul yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan Switzerland.

    1MDB dalam kenyataannya berkata, pada 16 Jun tahun lalu, Ahli Parlemen Swiss, Carlo Sommaruga telah menyampaikan usul 17.3547, bertajuk Mengembalikan Dana Rasuah kepada Rakyat Yang Dirompak.

    Katanya, Majlis Kebangsaan Switzerland berhak untuk membahaskan mana-mana usul yang dicadangkan dan membuat keputusan yang difikirkan sesuai oleh anggotanya.

    Usul tersebut telah dinyatakan secara umum dan menyebut beberapa syarikat dan negara tetapi ia bukan satu usul spesifik terhadap 1MDB atau Malaysia.

    Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (bersamaan dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci usul tersebut dan cadangan usul tersebut ditolak.

    Analisis itu, antara lain memberitahu, sejumlah CHF 104 juta (lebih kurang RM430 juta) kini dipegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Switzerland.

    Ia sebenarnya mewakili jumlah yang diperintahkan sebagai pembatalan keuntungan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan Swiss (FINMA), terhadap bank-bank tertentu kerana dakwaan melanggar undang-undang Switzerland.

    Oleh itu, CHF 104 juta adalah hasil denda oleh FINMA, pada bank-bank tertentu.

    Menurut Menteri Kewangan Swiss, Ueli Maurer, bank-bank yang berkaitan telah membantah tindakan FINMA dan merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

    Oleh itu, CHF 104 juta dituntut oleh bank yang berkaitan.

    Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau Kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan dimiliki oleh 1MDB.

    Malah, FINMA sendiri menyatakan bahawa hanya mereka yang “terjejas secara langsung” oleh tindakan perantara kewangan yang didakwa di Switzerland dapat menuntut sebahagian daripada denda dan itu hanya melalui proses undang-undang.

    1MDB sebelum ini menyatakan dan mengulangi bahawa ia tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya diambil kira sepenuhnya. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Wang yang dipegang Perbendaharaan Switzerland bukan milik 1MDB "