• Wan Junaidi Umum Berita Gembira Kepada Penduduk Kampung Semilang & Kampung Sekitar

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertemu penduduk Kampung Beradek di Pusat Khidmat Parlimen P.193 Santubong di sini hari ini.

    Perjumpaan tersebut membincangkan mengenai pembinaan jalan penghubung desa antara Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api, Kampung Beradek Cina, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Tanjung Embang.

    Selain itu, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, perbincangan turut melibatkan permohonan feri di Kampung Tanjung Embang dan status projek Masjid Kampung Semilang yang bakal dibina tidak lama lagi..

    Tambahnya, sebuah dewan baharu juga akan dibina di kampung tersebut.

    "Saya juga telah meminta orang kampung untuk melihat kontraktor berkebolehan untuk membina dewan tersebut," katanya.

    Menurutnya lagi, beliau telah mengarahkan kajian benteng hakisan laut oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi kawasan tepian pantai di Kampung Tanjung Embang, Kampung Tiang Api dan Kampung Semilang dan Kampung Beradek.

    "Kawasan ini kerap menerima pukulan ombak besar sekaligus membinasakan tanaman akibat kesan air masin yang masuk ke kawasan tanaman penduduk kampung," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Wan Junaidi Umum Berita Gembira Kepada Penduduk Kampung Semilang & Kampung Sekitar "