• Wan Junaidi Santuni Golongan Nelayan PNK Buntal & Bako

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Saturday, 17 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Seramai 341 golongan nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Buntal/Bako menerima elaun sara hidup nelayan secara tunai berjumlah RM97,300 yang berlangsung di Dewan Sri Buntal, Kampung Buntal hari ini.

    Majlis penyampaian elaun tersebut disempurnakan Menteri Sumber Manusia dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


    Selain penyampaian elaun, mesyuarat agung tahunan PNK Buntal/Bako Kali Ke-40 turut berlangsung.

    Wan Junaidi turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus memberikan perhatian kepada golongan nelayan menerusi pemberian pelbagai jenis bantuan termasuk elaun tersebut.-Sarawakiana



  • No Comment to " Wan Junaidi Santuni Golongan Nelayan PNK Buntal & Bako "