• Video: Penangkap Ular Hampir Maut Dibelit Ular Sawa Peliharaannya

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    Seorang penangkap ular hampir maut selepas ular sawa peliharaannya membelitnya dalam satu persembahan yan diadakan di Mau, India, dua hari lalu.

    Pada mulanya, mangsa telah mengalungkan ular itu di lehernya namun tanpa disangka, ular sawa terbabit telah membelitnya dengan kuat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

    Lelaki itu tercekik dan rebah. Kebanyakan penonton yang menyaksikan persembahan itu tidak menyedari keadaan berkenaan dan menyangka ia merupakan sebahagian daripada persembahannya.

    Tidak lama kemudian tiga lelaki berkejar membantunya melepaskan diri dari ular itu. Mereka membawanya ke hospital. Keadaannya tidak diketahui.- SuaraTV




    Subjects:

  • No Comment to " Video: Penangkap Ular Hampir Maut Dibelit Ular Sawa Peliharaannya "