• VIDEO: Netizen Kecam Bapa Bawa Anak Terjun ‘Rope Swing’

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+


    KUALA KUBU BHARU – Aktiviti ekstrem terjunan ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor tular gara-gara dua video yang menunjukkan seorang bapa dan anak kecil mereka melakukan aksi tali hayun itu.

    Video pertama yang menunjukkan aksi berani seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Cik Ton melakukan terjunan pada ketinggian 60 meter di sebuah jambatan.

    Dalam video yang kedua pula bekas pemenang bintang realiti Fear Factor Malaysia dan anak perempuannya berusia lebih dua tahun membuat terjunan membuatkan netizen lemah lutut dan ada yang meremang melihatnya.

    Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho memuat naik video pengalamannya melakukan terjunan bersama anak sulungnya, Mecca Mikaela mendapat perhatian netizen yang kagum dengan keberanian kanak-kanak itu.

    Walaupun sudah diberi peralatan keselamatan serta aktiviti itu disahkan selamat oleh penganjur , terdapat ramai pihak yang mengecam.

    Rata-rata netizen mempersoalkan isu keselamatan dimana hanya si bapa yang memakai topi keledar keselamatan dan tidak pada anaknya.

    Tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan terhadap aktiviti ini dimana memberi pendedahan ekstrem pada usia anak sebegitu boleh memberikan kekuatan mental.

    Sementara itu, pengasas Restas Adventures, Mohd Shafiq Azmi, 31, berkata, kedua-dua bapa itu telah pun mengisi borang indemniti (lepas tanggung) sebelum melakukan aktiviti itu bersama anaknya pada pagi Sabtu.-SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " VIDEO: Netizen Kecam Bapa Bawa Anak Terjun ‘Rope Swing’ "