• Video Kejar, Lapah & Makan Anjing Kejutkan Ramai

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    Satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang mengejar dan melapah anjing sebelum memakannya, telah tersebar di Venezuela sekali gus menunjukkan betapa rakyat negara itu kini hidup dalam kesengsaraan.

    Lelaki berkenaan yang dalam keadaan kurus kering dan kelaparan merupakan pengemis di jalanan. Selepas menetak anjing itu dia terus memakan dagingnya.

    Video mengejutkan itu dirakamkan di Los Guayos di Venezuel dan ia kini dijadikan sebagai bahan oleh media tempatan untuk mendedahkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh penduduk.

    Venezeula yang pernah menjadi negara pengeluar minyak terbesar kini berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk. Penduduk di situ kebanyakannya menyalahkan Presiden Nicolas Maduro kerana pengurusan kewangan yang teruk.

    “Hanya di Venezuela anda akan menemui orang ramai mengejar anjing untuk dimakan. Maduro (presiden) kau memang hebat,’’ demikian sindiran salah seorang penduduk.

    Dalam pada itu, pakar pemakanan Marianella Herrera berkata lebih 80 peratus penduduk tidak makan dengan betul manakala lebih separuh ibu bapa di Venezuela tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk anak mereka.

    “Lebih 60 peratus isi rumah masuk tidur dalam keadaan kelaparan kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli barang,’’ katanya.

    Sementara Dana Kewangan Antarabangsa meramalkan inflasi akan mencecah 13,000 peratus pada tahun ini manakala ekonomi negara itu akan menguncup lagi 15%.

    Pengeluaran minyak Venezuela kini kekurangan 1.5 juta tong sehari. Disebabkan keadaan ini lebih separuh daripada penduduk Venezuela mahu berhijrah ke negara lain. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video Kejar, Lapah & Makan Anjing Kejutkan Ramai "