• Urus janji Uber-Grab langgar persaingan, kata pemantau Singapura

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 30 March 2018
    A- A+

    SINGAPURA: Badan pemantau persaingan Singapura hari ini berkata ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki persaingan sudah dilanggar oleh urus janji yang dipersetujui oleh syarikat perkongsian kenderaan Uber Technologies Inc untuk menjual operasi Asia Tenggara kepada pesaingnya, Grab.

    Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) telah memulakan siasatan ke atas transaksi itu dan mencadangkan langkah-langkah interim yang memerlukan Uber dan Grab mengekalkan tambang masing-masing, katanya dalam kenyataan.

    Ini merupakan kali pertama suruhanjaya mencadangkan langkah-langkah interim pada mana-mana perniagaan di negara itu.

    Uber dan Grab mengumumkan urus janji itu pada Isnin, menandakan pengunduran kedua syarikat Amerika Syarikat itu dari satu pasaran Asia.

    Dalam urus janji itu, Uber akan akan membeli 27.5% pegangan dalam Grab, yang dinilaikan sekitar AS$6 bilion, dan Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khoskowshahi akan menyertai lembaga pengarah syarikat yang berpangkalan di Singapura itu.

    Cadangan CCS juga memerlukan Grab dan Uber tidak mendapatkan apa-apa maklumat sulit termasuk harga, pelanggan dan pemandu dari satu sama lain.

    Kedua-dua syarikat itu akan diberi peluang untuk menulis representasi menulis kepada CCS sebaik menerima langkah-langkah interim yang dicadangkan, katanya.

    Singapura mempunyai rejim pemberitahuan penggabungan sukarela, dan CCS belum menerima pemberitahuan daripada Uber dan Grab setakat Jumaat, walaupun kedua-dua syarikat menyatakan niat untuk memfailkan pemberitahuan penggabungan rasmi, kata CCS.

    Grab dan Uber tidak dapat dihubungi untuk memberikan ulasan.

    Urus janji itu merupakan konsolidation terbesar pertama industri itu di Asia Tenggara, yang mempunyai 640 juta orang, dan dijangka memberikan kekuatan kepada Uber untuk memberi tumpuan pada pasaran lain termasuk India, apabila ia bersedia untuk satu IPO pada 2019.

    Uber kerugian AS$4.5 bilion tahun lepas dan berdepan persaingan sengit di Amerika Syarikat dan serata Asia, serta tindakan kawalan selia di Eropah.

    Syarikat itu sudah melabur AS$700 jua dalam operasi Asia Tenggara.- Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Urus janji Uber-Grab langgar persaingan, kata pemantau Singapura "