• Untunglah….Elfira ‘Chill’ Dengan Paris Hilton

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    Untung sungguh Elfira Loy: sudahlah cantik, muda dan berjaya dalam karier seni, berpeluang pula bertemu dengan orang-orang hebat sepanjang perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

    Baru-baru ini, Elfira telah berkongsi gambar swafotonya bersama-sama sosialit dan selebriti terkenal antarabangsa, Paris Hilton.

    Meskipun tidak menceritakan bagaimana kedua-duanya boleh berada di satu tempat yang sama, namun Elfira tidak dapat menyembunyikan keterujaannya bertemu dengan Paris semasa kunjungannya ke New York, Amerika Syarikat beberapa minggu yang lalu.

    “Oh! Thats me hanging out with @parishilton , HAHA .

    “She is so sweet and nice I wasn’t sure at first boleh tangkap gambar ke tak mula-mula (Paris Hilton pulakkan) so I just stalked her dari jauh.

    “When she is near me I macam tanya je lah. Tak sangka dia siap bagi lighting lagi to my selfie wuhuuuuuuu. QUEEN 🙌🏻 #throwback”, tulis Elfira dalam ruangan kapsyennya.

    Entri berkenaan telah menerima 68,471 tanda suka dan 400 komen daripada netizen setakat, yang rata-ratanya turut teruja dengan peluang keemasan tersebut.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Untunglah….Elfira ‘Chill’ Dengan Paris Hilton "