• Umat Islam Perlu Amal Hibah Dalam Selesaikan Pertikaian Berkaitan Harta

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu mengamalkan hibah agar dapat memberi manfaat dalam menyelesaikan beberapa pertikaian berkaitan harta pusaka.

    Baginda bertitah, hibah perlu dilihat sebagai satu daripada kaedah pelengkap kepada sistem pengurusan pengagihan harta selain memudahkan urusan perpindahan milik.

    "Hibah membolehkan seseorang Islam menetapkan agihan hartanya ketika dia masih hidup, yang dapat menghindarkan daripada berlakunya perbalahan dalam kalangan waris selepas kematian," titah baginda pada Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah, Peringkat Negeri di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

    Titah baginda, pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah pada hari ini dilaksanakan di seluruh negeri Perak bagi memenuhi lima matlamat utama antaranya memperkenal dan menyedarkan umat Islam mengenai hibah.

    Gerakan itu juga bermatlamat untuk menghindar atau meminimumkan umat Islam daripada menghadapi masalah agihan harta pusaka selepas kematian pemilik harta selain bertujuan untuk membimbing serta menggalakkan umat Islam melakukan hibah ketika masih hidup, titah baginda. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Umat Islam Perlu Amal Hibah Dalam Selesaikan Pertikaian Berkaitan Harta "