• Turki bertegas masih mahu sertai EU

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+
    VARNA, BULGARIA 26 Mac - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas mahu negaranya menyertai Kesatuan Eropah (EU) menjelang sidang kemuncak pertubuhan itu yang dijangka `panas’ dengan pemimpin-pemimpin EU cuba untuk memperbaiki hubungan yang retak.

    Presiden EU, Donald Tusk dan Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker akan mengadakan perbincangan dengan Erdogan di sebuah pusat peranginan di sini berhubung masalah yang timbul.

    Topik utama agenda tersebut termasuklah serbuan kerajaan Turki selepas kegagalan rampasan kuasa tentera pada Julai 2016, tuntutan Ankara terhadap penghapusan visa dan keanggotaan EU. - AFP/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Turki bertegas masih mahu sertai EU "